Jahitan

KLIK CONTOH VIDEO DI BAWAH

SILA KLIK VIDEO DI BAWAH

KLIK CONTOH VIDEO DI BAWAH

KLIK CONTOH VIDEO DI BAWAH

Latihan

Soalan:

1.  Antara berikut adalah jenis-jenis jahitan

               I. Jahitan Sementara

              II. Jahitan Peyambung

             III. Jahitan Baru

              IV. Jahitan Pengemas

     a)      I dan II

     b)      I,II dan IV

     c)      I sahaja

     d)     I, III dan IV

2. Diantara berikut ialah Jenis-jenis Jahitan Hiasan kecuali

     a)      Tampal Hias

     b)      Tampal Cantum

     c)      Jahitan Sulaman

     d)     Jahitan Corak

3.   ***RUPA ***CORAK ***WARNA  ***TEKSTUR

Aspek di atas menunjukkan

  1. Prinsip dalam pemilihan pakaian
  2. Prinsip dalam mejahit pakaian
  3. Prinsip dalam pemotongan pakaian
  4. Prinsip dalam penghiasan pakaian


4.  Antara fabrik berikut yang manakah sesuai untuk Erra yang berbadan kurus?

  1. Fabrik berwarna gelap
  2. Fabrik  bercorak kecil
  3. Fabrik berjalur tegak
  4. Fabrik bercorak besar

5. Antara berikut bahan yang manakah di gunakan untuk membuat biskut Tart

  1. Kelapa kering
  2. Minyak Sapi
  3. Minyak Masak
  4. Kuning Telur

6. Antara berikut, yang manakah dibuat daripada bater cair?

               I.  kuih lompang    

             II. kuih lapis

            III. cucur udang

             IV. kuih rengas

     a)      I dan II                           

     b)      I dan III     

     c)       II dan III

     d)      III dan IV

7. Antara cara memasak berikut, yang manakah selalu digunakan untuk memasak bater?

               I. menggoreng tohor         

             II. membakar                     

            III. mengukus

            IV. menggoreng minyak penuh

      a)       I , II dan III                   

      b)       I , III dan IV        

      c)       II , III dan IV       

      d)       I , II , III dan IV 

8. Antara kuih tempatan berikut, yang manakah dimasak dengan cara mengukus?

     a)      kuih rengas                    

     b)      kuih lapis   

     c)      kuih ketayap                 

     d)      kuih cara

9. Antara bahan berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk menyediakan kuih keria dan  kuih badak?

     a)       pisang                           

     b)      keledek

     c)       sagu                     

     d)      kelapa 

10. Antara nutrien berikut, yang manakah terdapat dalam kebanyakan kuih tempatan?

               I. garam mineral        

             II. protein                

            III. karbohidrat

             IV. lemak

      a)      I dan II                 

      b)      II dan III

      c)      II dan IV                

      d)      III dan IV

11. Hidangan sepinggan lengkap yang manakah boleh dihidangkan dalam pinggan bujur?

      a) mihun goreng    

      b) lontong

      c) burger

      d) laksa

12.                      - Ayam goreng

                            - Sup sayur

                            - Air limau      

Menu makanan di atas sesuai untuk hidangan

        a) sarapan 

        b) minum pagi

        c) makan tengah hari

        d) minum petang

 

13.                 - ayam

                       - timun

                       - tembikai

 Merujuk  kepada menu di atas, nutrien apakah yang kurang?

         a) garam mineral

         b) karbohidrat

         c) vitamin

         d) protien

 

14. Antara berikut yang manakah hidangan sepinggan lengkap?

         a) bubur caca

         b) bubur kacang

         c) nasi goreng

         d) roti bakar

 

15. Tatacara yang baik dan sopan semasa makan dikenali sebagai

         a) tatatertib

         b) etika makan

         c) tabiat makan

         d) makanan seimbang


Pakaian

PAKAIAN

Prinsip dalam pemilihan pakaian

-          Corak

-          Warna

-          Tekstur dan Rupa fabric

Corak

  • Garisan Menegak

Orang rendah dan gemuk kelihatan tinggi dan langsing
  • Garisan Melintang

Orang yang kurus dan tinggi kelihatan gempal dan rendah
  • Corak Besar

Orang yang kurus kelihatan gempal

Corak Kecil

Orang gempal kelihatan kurus dan langsing

Warna

  • Terang
  • Lembut
  • Gelap

Tekstur dan Rupa fabrik

  • Fabrik licin dan keras kelihatan lebih besar
  • Fabrik bertenun timbul menjadikan orang yang kurus kelihatan lebih gempal
  • Fabrik berkilau kelihatan lebih gempal

FAKTOR PEMILIHAN PAKAIAN

  • Perlindungan
  • Identiti
  • Budaya
  • Masa
  • Tujuan Memakai

 

 

NOTA POWERPOINT KAJIAN FABRIK

Pemakanan dan Pengurusan Sajian

Diet Seimbang

Pengertian Diet Seimbang

Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar yang betul. Nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan ialah karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral.

 Faktor Utama Dalam Merancang Diet Seimbang

i) Umur

Bayi  , kanak – kanak , remaja , orang dewasa dan orang tua memerlukan diet yang berbeza daripada kanak – kanak.

ii) Kesihatan

Pesakit memerlukan diet tertentu berbanding dengan orang yang sihat.

iii) Aktiviti

Remaja yang aktif memerlukan lebih kalori daripada remaja yang menjalankan aktiviti yang pasif.

iv) Saiz tubuh

Saiz tubuh yang besar biasanya memerlukan diet yang berbeza daripada saiz tubuh yang kecil.

v) Jantina

Remaja lelaki yang memerlukan lebih kalori daripada remaja perempuan kerana lebih aktif.

Prinsip Asas Diet Seimbang

Diet seimbang diamalkan dengan melebihkan pengambilan makanan berserat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak serta berkolestrol tinggi. Diet seimbang boleh dirancang berdasarkan pyramid makanan , iaitu garis panduan asas dalam memilih makanan secara sihat.

Tabiat Makanan Yang Sihat

Tabiat makanan yang sihat akan menjamin kesihatan badan. Antaranya seperti:

  • Kurangkan pengambilan makanan

a) Gula – menyebabkan kerosakan gigi dan kegemukan

b) Garam – menyebabkan penyakit tekanan darah tinggi

c) Lemak – menyebabkan penyakit jantung dan kegemukan

  • Lebihkan makanan berserat , buah – buahan dan sayur – sayuran untuk bekalan vitamin dan garam mineral.
  • Minum air secukupnya  dan kunyah makanan dengan sempurna.
  • Mengamalkan makan mengikut masa.
  • Mesti mengambil hidangan utama , iaitu sarapan , makan tengah hari dan makan malam.
  • Remaja memerlukan sumber makanan yang memberikan tenaga kerana mereka lebih aktif

Pengertian Menu

Menu ialah satu senarai hidangan yang lengkap untuk sesuatu sajian. Perancang menu merupakan kaedah merancang sajian yang seimbang dan berkhasiat. Perancang yang teliti membolehkan kita bekerja secara sistematik.

Tujuan Merancang Menu

  • Menyediakan sajian yang mengandungi nutrient yang diperlukan.
  • Menjimatkan masa, tenaga dan bahan makanan.
  • Menyediakan sajian yang menarik , berkhasiat , menyelerakan dan digemari.
  • Mengikut anggaran perbelanjaan yang ditetapkan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu

i)  Jenis hidangan.

Jenis hidangan yang dirancang hendaklah berasaskan sajian majlis formal.

ii)Kegemaran

     Setiap individu mempunyai makanan kegemaran masing-masing. Aspek ini perlu diberi penekanan semasa merancang

menu.

iii) Perbelanjaan

Perancang menu hendaklah mengikut peruntukan perbelanjaan yang ditetapkan untuk mengelakkan pembaziran.

Sumber makanan semasa bahan yang digunakan pada musimnya adalah lebih segar dan murah.

vi) Kemudahan fizikal

       Kemudahan fizikal seperti alatan memasak yang lengkap membolehkan makanan disedia, dimasak, dihidang dengan

cepat dan sempurna.

v) Sumber tenaga dan masa

Sumber tenaga memudahkan dan mempercepatkan  penyediaan makanan.

vi) Kepelbagaian

Menu yang dirancang perlu mempunyai variasi dari segi kaedah memasak , tekstur , rasa , warna dan jenis bahan

masakan.

vii) Keperluan

Pilihan meu perlu membekalkan nutrien untuk setiap individu . Pemilihan bergantung kepada umur, jantina, saiz

tubuh, aktiviti dan kesihatan.

Contoh menu sarapan yang seimbang, mudah dan cepat disediakan.

 Menu 1 :Air kopiSandwich telurBuah-buahan segar menu 2 :minuman berususuroti bakartelur dadarjus oren Menu 3 :Nasi lemakBuah tempatanMinuman bersusu

Contoh menu minum pagi dan minum petang

Menu minum pagi :Air kopiKuih cara berlaukKek pisangBuah tembikai Menu minum petang :Air tehSandwich sambalKuih keriaAgar-agar buah

Prinsip Memasak

Pengertian Prinsip Memasak

Prinsip memasak ialah memasak makanan dengan menggunakan haba kering dan haba lembap.

Memasak dengan haba kering ialah memasak makanan dalam udara panas , iaitu membakar di dalam ketuhar , menggril menggunakan pancaran haba , dan menggoreng dalam minyak yang panas.

Memasak dengan haba lembap ialah memasak makanan dalam cecair panas atau dengan mengewap makanan.

Makanan perlu dimasak atas sebab-sebab yang berikut :

  • Makanan selamat dimakan
  • Melembutkan makanan supaya mudah dicernakan
  • Membaiki rasa dan rupa makanan
  • Makanan tahan lama
  • Mempelbagai sajian

Kaedah Memasak dengan Haba Kering

Kaedah        Prinsip      Alatan
Menggril Memasak bahan makanan menggunakan api terbuka ataua ketuhar untuk makanan lembut dan tidak berlemak seperti daging batang pinang dan filet.
membakar Memasak bahan makanan  di dalam ketuhar yang panas seperti kek dan pizza.  
memanggang Memasak makanan menggunakan api terbuka atau ketuhar untuk makanan pejal dan berlemak sate , ikan panggang , dan daging lembut  
Menggoreng tohor Menggunakan minyak yang sedikit , seperti telur dan sosej  
Menggoreng tanpa minyak makanan dibalik-balikkan supaya tidak hangus seperti kacang tanah dan capati  
Menggoreng minyak penuh Bahan makan tenggelam ke dalam minyak seperti ayam goring dan kentang goreng.  

Kaedah Memasak dengan Haba Lembap

Kaedah Prinsip
Mengukus Memasak bahan makanan dalam wap air mendidih seperti apam dan pulut kuning
Merebus Memasak bahan makanan dalam cecair mendidih seperti telur rebus dan bubur nasi
mencelur Memasukkan makanan ke dalam air mendidih dalam masa yang singkat seperti tauge dan mi
mereneh Memasak bahan makanan dalam cecair mendidih menggunakan api perlahan dan mengambil masa yang lama seperti pudding tepung jagung dan kari ikan
mendidih Memasak makanan dalam cecair dengan api yang sederhana dalam masa yang lama seperti rendang daging dan ketupat

Kemahiran mengurus penting untuk merancang , menyedia dan menyaji makanan yang seimbang dan berkhasiat serta membuka selera . Penggunaan alat penjimat masa seperti alat pengisar makanan , alat pembakar roti dan periuk nasi elektrik dapat membantu mempercepat proses menyedia dan memasak.1.5 Penyediaan makanan

Faktor Penting dalam Merancang Menu untuk Sarapan

Faktor penting yang perlu diambil kira dalam merancang menu untuk sarapan ialah :

  • Hidangan mesti seimbang
  • Hidangan mesti mudah dan cepat disediakan

Contoh menu

Menu A :Air kopiNasi lemakSambal ikan bilisbetik Menu B :Telur masak hancurRoti bakarAir koko

*Sarapan cara Timur *        *sarapan cara Barat*

Penyediaan Rancangan Kerja untuk Sarapan , Minum Pagi dan Minum Petang

Panduan menyedia dan memasak makanan

  1. Memakai apron menutup rambut
  2. Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih
  3. Tangan perlu dicuci
  4. Sediakan alatan yang betul , bersih dan yang diperlukan sahaja
  5. Gunakan kain dapur yang berish
  6. Pastikan bahan makanan dicuci terlebih dahulu sebelum dipotong atau dimasak
  7. Kekalkan seberapa banyak nutrient seperti tidak merendam sayur yang telah dipotong atau elakkan memasak terlalu lama
  8. Masak makanan dengan cara yang betul mengikut kaedah yang dirancang
  9. Kemaskan dan bersihkan tempat kerja selepas memasak
  10. Ikut masa yang diperuntukkan dalam perancangan
  11. Jimatkan bahan api , air dan elektrik

Panduan menyaji secara peranggu meja

  1.  Sediakan peranggu meja yang sesuai mengikut Sajian ( sarapan , minum pagi dan minum petang )
  2. sajikan masakan di dalam bekas yang sesuai
  3. hiasan pada sajian hendaklah seusai dan boleh di makan
  4. masakan panas disajikan sejuk. Kemaskan meja selepas sajian
  5. sediakan gubahan bunga yang rendah dan sesuai.

Panduan menyaji secara berpek

  1. Gunakan bekas yang sesuai mengikut kuantiti dan jenis sajian sama ada masakan kering atau basah
  2. Bekas yang sesuai mengikut tujuan seperti berkelah , berjalan jauh atau ke sekolah
  3. Pek makanan cermat
  4. Sertakan kertas servit atau tualah tangan
  5. Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan yang dimakan mentah
  6. Bekalkan minuman di dalam bekas plastic atau termos supaya minuman sentiasa panas atau sejuk

Pemilihan menu

Menyediakan rancangan kerja

Menyediakan , memasak , menghias , menghidang dan membuat pengiraan kos

Rancangan kerja dapat disediakan menguji minat dan kreativiti murid , dalam memilih masakan yang sesuai untuk sesuatu sajian , di samping menguji kemahiran murid dalam menyusun kerja amali denggan sistematik rancangan kerja perlu merangkumi perkara seperti dalam rajah diatas.

Tugas Amali

Murid dikehendaki menyediakan sajian sarapan untuk tiga orang. Sediakan masakan dan sajikan sajian sarapan yang berikut :

  • Sejenis masakan savouri
  • Sejenis minuman panas
  • Buah-buahan

Pemilihan menu

Selepas meneliti tugasan amali  , murid perlu membuat pemilihan menu. Berikut merupakan contoh menu yang sesuai untuk minum pagi

MENU :

  1. Sandwich telur
  2. Air kopi
  3. Buah tembikai

Rancangan kerja

Selepas memilih menu , murid pwelu menyediakan satu rancangan kerja yang terdiri daripada :

  • Kertas perancangan pilihan masakan
  • Kertas perancangan senarai beli-belah
  • Kertas perancangan susunan kerja , iaitu menyedia , memasak , menghias , dan menghidang masakan

Contoh resipi

1) sandwich telur

Bahan-bahan:

4 keping roti sandwich

1 biji telur rebus

20gm metega/marjerin

¼ biji timun

Serbuk lada sulah dan garam mengikut masa

Menyediakan sandwich telur

  1. Basuh timun , potong nipis .
  2. Kupas tekur dan lecek , campurkan dengan 10 gm mentega/ marjerin , serbuk lada sulah , dan garam . gaul.
  3. Sapu metega pada sebelah permukaan roti.
  4. Letak inti dan ratakan. Letak timun diatasnya.
  5. Tindihkan roti bermentega pada roti berinti
  6. Tekan dan potong kulit roti jika perlu.

2) Air kopi

Bahan –bahan:

600 gm/3 uncang serbuk kopi

500ml air mendidih

1 jag susu

1 mangkuk gula halus

Menyediakan air kopi

  1. Bilas teko dengan air mendidih
  2. Masukkan serbuk kopi kedalah koleh. Tuang air mendidih .
  3. Tutup koleh dan biarkan kopi terseduh selama 10 minit
  4. Kacau kopi dengan gula dan susu berasingan.s
  5. Hidangkan kopi dengan gula dan susu berasingan.

3) buah tembikai

Basuh, potong dan hiding buah tembikai dalam bekas yang sesuai

Jadual 1.1 kertas perancangan pilihan masakan.

Nama :

Tingkatan :

Masa :

Bil . Pilihan masakan Ramuan/bahan kaedah
1  air kopi 60 gm/3 uncang serbuk kopi500 ml air mendidih1 jag susu1 mangkuk gula halus menyeduh
2 sandwic telur 4 kepilur rebus20 gm mentega marjerin¼ biji timunSerbuk lada sulah dan garam mengikut rasa  penyediaan sejuk
3 buah tembikai 4 potong penyediaan sejuk
 Masa  Susunan kerja  Catatan
9.20 -9.30(1o minit ) Menyediakan air kopi

  1. Bilas teko dengan air mendidih
  2. Masukkan serbuk kopi kedalah koleh. Tuang air mendidih .
  3. Tutup koleh dan biarkan kopi terseduh selama 10 minit
  4. Kacau kopi dengan gula dan susu berasingan.
  5. Hidangkan kopi dengan gula dan susu berasingan
Masak air untuk membuat kopi
9.30 – 9.40(10 minit ) Menyediakan buah tembikaiBasuh, potong dan hiding buah tembikai dalam bekas yang sesuai.
9.40 – 9.50(10 minit ) Menhias dan menghidangHias dan hidangkan andwic elur , air kopi , dan buah tembikai dalam alatan menghidang yang sesuai. Gunakan alatan hidangan yang sesuai.
9 – 50 – 10.00(10 minit ) Mengemas unit dan mencuci alatan. Gunakan air sabun suam.

Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan membuat pengiraan kos minum pagi dan minum petang

Kuih badak

300 gm keledek

100 gm tepung gandum ( dianyak )

10 – 12 ekor udang sederhana dikisar halus

400 gm minyak untuk menggoreng

Intinya

50 gm udang

2 biji cili merah

1 batang serai

1 cm halia

½ biji kelapa parut putih

¼ camt. Serbuk kunyit

Garam dan gula mengikut masa 2 camb.minyak

Cara membuat inti

  1. Bersihkan udang dan potong dadu.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hinggan naik bau.
  3. Masukkan udang, kelapa parut dan digoreng sebentar.
  4. Masukkan garam , gula , serbuk kunyit dan gaul rata . angkat dan sejukkan.

Cara membuat kuih badak

  1. Basuh dan rebus keledek sehingga empuk.
  2. Buang kulitnya sehingg lumat di dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan tepung dan uli sehingga lembut
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan bentukkan bulat.
  5. Leperkan setiap bahagian , letakkan inti dan bentukkan bulat leper.
  6. Tekan udang di bahagian tengah kuih.
  7. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang.
  8. Angkat , tos , dan hidangkan dalam pinggan bujur.

Reka Cipta Resipi

Resepi hidanga sepinggan lengkap untuk sarapan boleh dicipta daripada hasil beras seperti tepung beras , mihun dan laksa.

Hidangan Sepinggan Lengkap untuk Sarapan daripada Hasil Beras

Contoh resipi

Mihun goreng, hidangan 4 orang, anggaran kos : rm 6.00

Bahan

100 gm mihun

50 gm tauge

50 gm udang basah

1 camt. Kicap pekat.

1 camt. Kicap air

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

4 camb. Minyak masak

Garam , gula , dan serbuk lada sulah secuku rasa

Hiasan

1 biji telur

I biji cili merah

1 batang daun bawang

2 biji limau kasturi

Langkah – langkah

1.Basuh, kupas dan perap udang dengan kicapair dan gula.

2.Basuh semua sayuran. Hiris bawang merah, cincang bawang putih , dan potong sawi.

3.Dadar telur dan hiris halus. Mayang cili merah dan rendamkan dalam air sejuk. Hiris daun bawang ( untuk hiasan )

4.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng separuh hiasan bawang merah dan outuh sehingga kuning.

5.Masukkan mihun dan goreng hingga rata. Angkat dan masukkan ke dakam bekas.

6.Panaskan baki minyak dan goreng baki bawang merah dan bawang putih sehingga kuning. Masukkan udang , batang sawi dan gaul rata. Masukkan kicap pekat , mihun sawi dan tauge. Gaul rata dan masukkan perasa.

7.Hidangkan mihun yang telah digoreng. Hiaskan dengan telur dadar hiris , cili merah , daun bawang dan limau kasturi.

Bil.

Bahan

Kuantiti

Kos seunit (rm)

Anggaran kos (rm )

1.

Mihun

100 gm

4.00/kg

0.40

2.

Bawang merah

4 ulas

1.80/kg

0.20

3.

Bawang putih

2 ulas

0.80/kg

0.05

4.

Garam, gula dan lada sulah

Mengikut rasa

-

0.05

5.

Kicap pekat

-

-

0.05

6.

Kicap cair

-

-

0.05

7.

tauge

50 gm

1.20/kg

0.06

8.

sawi

50gm

4.00/kg

0.20

9

Udang basah

150 gm

15.00/kg

2.25

Jumlah

3.31

Kos upah

Kos upah = bilangan pekerja x masa x kadar upah sejam

= 1 orang x 1 jam x RM 2.00

= Rm 2.00

Kos sampingan

  1. Elektrik   = RM -
  2. Gas          =RM 0.50
  3. Air           =RM 0.50

Jumlah  = RM 1.00

Kos projek

 kos projek = kos bahan +  kos upah + kos sampingan

= RM 3.31 + RM 2.00 + RM 1.00

= RM 6.31

1.6.2 Hidangan Minum Petang daripada Hasil Beras Pulut

Hasil beras pulut ialah tepung beras pulut . masakan yang diperbuat daripada beras pulut dan hasil beras pulut adalah seperti koci dan onde – onde .

Contoh resipi kuih koci

Bahan inti

½ biji kelapa parut putih

100 gm gula merah

50 gm gula pasir 2 helai daun pandan ( disimpul )

Garam secukupnya

Bahan utama

200 gm tepung pulut

500 ml pati santan

Garam secukupnya

Daun pisang secukupnya ( dilayurkan )

Cara membuat :

i)

  1. masukkan kelapa parut bersama gula merah , gula pasir , daun pandan dan garam ke dalam kuali
  2.  masukkan sedikit air dan masak diatas api yang sederhana sambil dikacau sekali sekala sehingga sebati dan kering airnya .
  3. Padamkan api dan biarkan inti sejuk.
  4. Bulatkan inti sebesar ibu jari sehingga habis

ii )

  1. Gaul tepung pulut bersama 250ml santan dan garam.
  2. Uli tepung sehingga menjadi doh dan bentukkan sebesar ibu jari , leperkan dan masukkan inti tadi dan tutup . buat sehinghga doh dan inti habis
  3. Didih baki pati santan diatas api yang perlahan selama 3 minit
  4. Potong daun pisang sebesar 12cm x 12cm
  5. Bubuh sebiki kuih di tengah-tengah daun pisang dan bubuh secamca sedang pati santan. Bungkus kemas-kemas.
  6. Kukus selama 10-15 minit. Hidangkan.

Biskut dan Kek

Kek Coklat (Kaedah Putar)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek

Hasil Pembelajaran :

1. Pelajar dapat mengetahui langkah-langkah menyediakan kek coklat kaedah gaul dan ramas dengan betul.

Berikut merupakan kaedah menyediakannya :

Bahan-Bahan
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla

Bahan utk pes coklat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh nescafe
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan air panas
1/4 cawan susu cair  – satukan kesemua bahan untuk pes ini

Bahan utk Chocolate Ganache
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream
1 camca teh mentega

Cara membuatnya

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 – 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka…
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

Bahan kering iaitu tepung dan pes coklat

Adunan mentega, gula, esen vanila dan telur yang perlu dipukul sehingga kembang

masukkan tepung sikit demi sedikit

selang-seli dengan pes coklat.

adunan yang telah sebati

masukkan ke dalam dulang beralas kertas minyak. kemudian dibakar sehingga masak.

SEDIA DI HIDANG……SELAMAT MENCUBA

KLIK VIDEO DI BAWAH

Biskut Tart (Kaedah Gaul dan Ramas)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek
Hasil Pembelajaran :
1. Pelajar dapat menyediakan biskut tart kaedah gaul dan ramas dengan betul

* lemak dan tepung digaul ramas dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
* kadaran tepung kepada lemak ialah satu bahagian tepung dengan 1/2 atau 1/3 bahagian lemak
a. Biskut kaedah gaul dan ramas
  • Tart Nenas

SILA KLIK VIDEO DI BAWAH

  • Biskut Samperit
  • SILA KLIK VIDEO DI BAWAH
  • BISKUT KACANG

Membuat Bahulu Gulung (Kaedah Enjut)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek (Tingkatan 1)
Hasil Pembelajaran :
1. Pelajar dapat mempelajari kaedah membuat Kek Bahulu Gulung dengan kaedah enjut dengan betul.

Berikut ialah langkah-langkah membuat Bahulu Gulung (Kaedah Enjut) :

Kuih Tempatan

a) Pengertian dan Sumber Kuih Tempatan

  • Kuih tempatan ialah kuih yang diperbuat daripada bahan tempatan seperti gula melaka, kelapa, tepung beras, tepung pulut, ubi kayu, keledek, pisang, keladi dan sagu
  • Mengandungi banyak karbohidrat dan lemak tetapi kurang protein dan garam mineral

b) Penyediaan Makanan

1. Kuih Buah Melaka

 

Bahan-bahan :

500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut

Cara-cara :

  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Masak air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
2. Kuih Kosui

Bahan-bahan :

80 g tepung beras
80 g tepung ubi/sagu
100 g gula pasir
100 g gula merah /gula melaka
550 g air
1/2 camt air limau nipis/air kapur sireh.

Cara-cara :

  1. Masak air bersama gula dan apabila larut tapiskan, biar sejuk sedikit.
  2. Panaskan kukusan letak loyang 9X9 dan sapu minyak sedikit pada loyang.
  3. Campur semua bahan dengan air gula tadi, kacau dalam periuk sehingga naik wap (hingga adunan bergentil sedikit).
  4. Tuang dalam loyang yang telah panas, kukus sampai masak.

Nota : Tambah choc paste or nescafe sedikit supaya bau lebih sedap.

3. Kuih Sagu

Bahan-bahan :

150 gm sagu mata ikan
2 cawan air
1/2 cawan gula – ikut manis sendiri (rasa dengan lidah)
Daun pandan
Pewarna merah/hijau
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam

Cara-cara :

  1. Basuh sagu dengan air dan toskannya. Sagu hendaklah tidak dibasuh lama bagi mengelakkannya hancur.
  2. Masak air bersama gula hingga hancur.
  3. Masukkan daun pandan supaya berbau wangi. Bila air mendidih dan gula sudah hancur, letakkan sedikit pewarna yang disukai kemudian kacau.
  4. Akhir sekali baru masukkan sagu, kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih dan apabila pekat tuangkan ke dalam loyang.
  5. Bila sejuk bolehlah dipotong dan digaul bersama kelapa parut.

4. Kuih Cara

Bahan-bahan :
120 g tepung gandum
1 biji telur
200 ml air pandan (Daun pandan yang dikisar bersama air. Tapis dan ambil airnya)
50 ml santan pekat
2 tbsp gula
Minyak masak

Inti :
Gula secukupnya

Cara-cara :

  1. Ayak tepung ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama gula.
  2. Masukkan telur bersama santan dan gaul rata.
  3. Masukkan air pandan dan gaul sebati. Adunan mestilah sedikit cair.
  4. Untuk dapatkan adunan yang bersesuaian, tapis adunan agar tidak berbintil-bintil.
  5. Panaskan acuan yang disapu dengan sedikit minyak masak.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan suku sudu teh gula sebagai inti.
  7. Tutup dengan tudung periuk. Masak menggunakan api kecil untuk 10 minit.

5. Kuih Tepung Gomak

Bahan-bahan A :

200 g kacang hijau

1 biji kelapa parut putih

½ kilo gula timbang

300 g gula pasir

2 helai daun pandan

Bahan-bahan B :

600 g tepung pulut

1 mangkuk air

400 g tepung kacang hijau

Sedikit garam

Cara-cara Untuk Bahan A :

  1. Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian tumbuk sampai hancur.
  2. Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam ke dalam kuali di atas api yang sederhana besar.
  3. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara Untuk Bahan B :

  1. Uli tepung pulut dengan air dan garam sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.
  3. Panaskan air dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak.
  4. Angkat dan golekkan di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Panduan membuat tepung kacang hijau untuk Bahan B :

Terlebih dahulu kacang hijau hendaklah dicuci bersih dan ditos. Kemudian  disanggar sehingga kuning. Setelah itu barulah dihantar mesin menjadi tepung kacang hijau.

6. Kuih Tako

Bahan-bahan Lapisan Bawah :

1 cawan tepung jagung (kurangkan sedikit, dalam 2 sudu kecil)
1 cawan gula
4 cawan air
Pewarna hijau/jus pandan

Bahan-bahan Lapisan Atas :

1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat
Garam

Cara-cara Lapisan Bawah :

Bancuh rata dan masakkan atas api. Tuangkan ke dalam bekas acuan daun pandan atau bekas plastik putih.

Cara-cara Lapisan Atas :
Kacau rata dan masakkan atas api sehingga pekat. Tuangkan atas adunan hijau tadi.



Bater

a) Pengertian Bater

  • Bater ialah campuran tepung dan cecair seperti air, susu atau santan.
  • Bater berasal daripada perkataan Perancis iaitu Battre bermaksud pukul.
  • Telur dan lemak juga biasanya dicampur ke dalam bater untuk membaiki rasa dan menambah khasiat.

b) Jenis Bater

  • Bater dibahagikan kepada dua jenis iaitu bater cair dan bater pekat mengikut kadar cecair dengan tepung sesuatu bater.
  • Sukatan asas Bater Cair dan Bater Pekat adalah :

BATER CAIR

  • 100 gram tepung gandum
  • 250 ml cecair
  • 1 biji telur
  • ¼ camca garam

BATER PEKAT

  • 100 gram tepung gandum
  • 125 ml cecair
  • 1 biji telur
  • ¼ camca garam
  1. Ciri-ciri Bater Cair
  • Konsistensi adunan : Berkrim dan cair
  • Tuangan : Mudah dituang
  • Pengaliran dalam kuali : Merebak dengan cepat dalam kuali dan menjadi lapisan nipis
  • Nama lain : Bater pankek atau lempeng
  • Contoh kuih : Kuih lapis, kuih ketayap, kuih kosui, kuih cara, kuih lompang dan roti jala

2. Ciri-ciri Bater Pekat

  • Konsistensi adunan : Berkrim dan pekat
  • Tuangan : Sukar dituang kerana agak likat
  • Pengaliran dalam kuali : Sukar merebak dalam kuali kerana agak likat
  • Nama lain : Bater penyadur
  • Contoh kuih : Kuih rengas (kuih kacang/kuih kasturi), cucur udang, pisang goreng dan lempeng kelapa

c) Penyediaan Makanan

  • Bater yang baik adalah diayak ramuan kering bersama dan dipukul adunan hingga rata.
  • Cecair digunakan dalam bater :
  1. Air – membuat bater penyadur dan kuih ketayap
  2. Susu – membuat kuih manis dan skon titis
  3. Santan – membuat kuih cara dan kuih lapis