BATER

a) Pengertian Bater

  • Bater ialah campuran tepung dan cecair seperti air, susu atau santan.
  • Bater berasal daripada perkataan Perancis iaitu Battre bermaksud pukul.
  • Telur dan lemak juga biasanya dicampur ke dalam bater untuk membaiki rasa dan menambah khasiat.

b) Jenis Bater

  • Bater dibahagikan kepada dua jenis iaitu bater cair dan bater pekat mengikut kadar cecair dengan tepung sesuatu bater.
  • Sukatan asas Bater Cair dan Bater Pekat adalah :

BATER CAIR

  • 100 gram tepung gandum
  • 250 ml cecair
  • 1 biji telur
  • ¼ camca garam

BATER PEKAT

  • 100 gram tepung gandum
  • 125 ml cecair
  • 1 biji telur
  • ¼ camca garam
  1. Ciri-ciri Bater Cair
  • Konsistensi adunan : Berkrim dan cair
  • Tuangan : Mudah dituang
  • Pengaliran dalam kuali : Merebak dengan cepat dalam kuali dan menjadi lapisan nipis
  • Nama lain : Bater pankek atau lempeng
  • Contoh kuih : Kuih lapis, kuih ketayap, kuih kosui, kuih cara, kuih lompang dan roti jala

2. Ciri-ciri Bater Pekat

  • Konsistensi adunan : Berkrim dan pekat
  • Tuangan : Sukar dituang kerana agak likat
  • Pengaliran dalam kuali : Sukar merebak dalam kuali kerana agak likat
  • Nama lain : Bater penyadur
  • Contoh kuih : Kuih rengas (kuih kacang/kuih kasturi), cucur udang, pisang goreng dan lempeng kelapa

c) Penyediaan Makanan

  • Bater yang baik adalah diayak ramuan kering bersama dan dipukul adunan hingga rata.
  • Cecair digunakan dalam bater :
  1. Air – membuat bater penyadur dan kuih ketayap
  2. Susu – membuat kuih manis dan skon titis
  3. Santan – membuat kuih cara dan kuih lapis
Leave a comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s