BISKUT DAN KEK

Kek Coklat (Kaedah Putar)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek

Hasil Pembelajaran :

1. Pelajar dapat mengetahui langkah-langkah menyediakan kek coklat kaedah gaul dan ramas dengan betul.

Berikut merupakan kaedah menyediakannya :

Bahan-Bahan
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla

Bahan utk pes coklat
1/2 cawan serbuk koko
1/2 camca teh nescafe
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan air panas
1/4 cawan susu cair  – satukan kesemua bahan untuk pes ini

Bahan utk Chocolate Ganache
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream
1 camca teh mentega

Cara membuatnya

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 – 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka…
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

Bahan kering iaitu tepung dan pes coklat

Adunan mentega, gula, esen vanila dan telur yang perlu dipukul sehingga kembang

masukkan tepung sikit demi sedikit

selang-seli dengan pes coklat.

adunan yang telah sebati

masukkan ke dalam dulang beralas kertas minyak. kemudian dibakar sehingga masak.

SEDIA DI HIDANG……SELAMAT MENCUBA

SILA KLIK VIDEO DI BAWAH

Biskut Tart (Kaedah Gaul dan Ramas)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek
Hasil Pembelajaran :
1. Pelajar dapat menyediakan biskut tart kaedah gaul dan ramas dengan betul

* lemak dan tepung digaul ramas dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
* kadaran tepung kepada lemak ialah satu bahagian tepung dengan 1/2 atau 1/3 bahagian lemak
a. Biskut kaedah gaul dan ramas
SILA KLIK VIDEO DI BAWAH
  • BISKUT SAMPERIT
  • SILA KLIK VIDEO DI BAWAH

Biskut Kacang (Kaedah Gaul dan Ramas)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek
Hasil Pembelajaran :
1. Pelajar dapat menyediakan biskut kacang kaedah gaul dan ramas dengan betul

Membuat Bahulu Gulung (Kaedah Enjut)

Tajuk : Kaedah Membuat Biskut dan Kek (Tingkatan 1)
Hasil Pembelajaran :
1. Pelajar dapat mempelajari kaedah membuat Kek Bahulu Gulung dengan kaedah enjut dengan betul.

Berikut ialah langkah-langkah membuat Bahulu Gulung (Kaedah Enjut) :

Leave a comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s