KUIH TEMPATAN

a) Pengertian dan Sumber Kuih Tempatan

  • Kuih tempatan ialah kuih yang diperbuat daripada bahan tempatan seperti gula melaka, kelapa, tepung beras, tepung pulut, ubi kayu, keledek, pisang, keladi dan sagu
  • Mengandungi banyak karbohidrat dan lemak tetapi kurang protein dan garam mineral

b) Penyediaan Makanan

1. Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan :

500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut

Cara-cara :

  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Masak air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
2. Kuih Kosui

Bahan-bahan :

80 g tepung beras
80 g tepung ubi/sagu
100 g gula pasir
100 g gula merah /gula melaka
550 g air
1/2 camt air limau nipis/air kapur sireh.

Cara-cara :

  1. Masak air bersama gula dan apabila larut tapiskan, biar sejuk sedikit.
  2. Panaskan kukusan letak loyang 9X9 dan sapu minyak sedikit pada loyang.
  3. Campur semua bahan dengan air gula tadi, kacau dalam periuk sehingga naik wap (hingga adunan bergentil sedikit).
  4. Tuang dalam loyang yang telah panas, kukus sampai masak.

Nota : Tambah choc paste or nescafe sedikit supaya bau lebih sedap.

3. Kuih Sagu

Bahan-bahan :

150 gm sagu mata ikan
2 cawan air
1/2 cawan gula – ikut manis sendiri (rasa dengan lidah)
Daun pandan
Pewarna merah/hijau
Kelapa parut digaul dengan sedikit garam

Cara-cara :

  1. Basuh sagu dengan air dan toskannya. Sagu hendaklah tidak dibasuh lama bagi mengelakkannya hancur.
  2. Masak air bersama gula hingga hancur.
  3. Masukkan daun pandan supaya berbau wangi. Bila air mendidih dan gula sudah hancur, letakkan sedikit pewarna yang disukai kemudian kacau.
  4. Akhir sekali baru masukkan sagu, kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih dan apabila pekat tuangkan ke dalam loyang.
  5. Bila sejuk bolehlah dipotong dan digaul bersama kelapa parut.

4. Kuih Cara

Bahan-bahan :
120 g tepung gandum
1 biji telur
200 ml air pandan (Daun pandan yang dikisar bersama air. Tapis dan ambil airnya)
50 ml santan pekat
2 tbsp gula
Minyak masak

Inti :
Gula secukupnya

Cara-cara :

  1. Ayak tepung ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama gula.
  2. Masukkan telur bersama santan dan gaul rata.
  3. Masukkan air pandan dan gaul sebati. Adunan mestilah sedikit cair.
  4. Untuk dapatkan adunan yang bersesuaian, tapis adunan agar tidak berbintil-bintil.
  5. Panaskan acuan yang disapu dengan sedikit minyak masak.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan dan masukkan suku sudu teh gula sebagai inti.
  7. Tutup dengan tudung periuk. Masak menggunakan api kecil untuk 10 minit.

5. Kuih Tepung Gomak

Bahan-bahan A :

200 g kacang hijau

1 biji kelapa parut putih

½ kilo gula timbang

300 g gula pasir

2 helai daun pandan

Bahan-bahan B :

600 g tepung pulut

1 mangkuk air

400 g tepung kacang hijau

Sedikit garam

Cara-cara Untuk Bahan A :

  1. Kacang hijau direbus sehingga kembang. Kemudian tumbuk sampai hancur.
  2. Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam ke dalam kuali di atas api yang sederhana besar.
  3. Masak sehingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara Untuk Bahan B :

  1. Uli tepung pulut dengan air dan garam sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.
  3. Panaskan air dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak.
  4. Angkat dan golekkan di atas tepung kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Panduan membuat tepung kacang hijau untuk Bahan B :

Terlebih dahulu kacang hijau hendaklah dicuci bersih dan ditos. Kemudian  disanggar sehingga kuning. Setelah itu barulah dihantar mesin menjadi tepung kacang hijau.

6. Kuih Tako

Bahan-bahan Lapisan Bawah :

1 cawan tepung jagung (kurangkan sedikit, dalam 2 sudu kecil)
1 cawan gula
4 cawan air
Pewarna hijau/jus pandan

Bahan-bahan Lapisan Atas :

1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat
Garam

Cara-cara Lapisan Bawah :

Bancuh rata dan masakkan atas api. Tuangkan ke dalam bekas acuan daun pandan atau bekas plastik putih.

Cara-cara Lapisan Atas :
Kacau rata dan masakkan atas api sehingga pekat. Tuangkan atas adunan hijau tadi.



Leave a comment

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s